Ujian saringan UKM1 ini boleh dilaksanakan samada di
sekolah, rumah dan di mana sahaja asalkan laman web berkenaan boleh dicapai .
Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan
maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja.
Ujian ini adalah secara percuma dengan mengakses laman
web http://ukm1.permatapintar.edu.my/
Syarat-syarat dan peraturan.
• Pelajar mestilah berumur umur 8 hingga 15 tahun.
• Semasa mengisi maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa /
penjaga, jika didapati maklumat palsu, walaupun pelajar melepasi skor
kelayakan, maka pelajar tidak layak
menduduki ujian UKM2 atau USIM-1.
• Sekiranya orang lain yang menjawab soalan bagi pihak
pelajar atau pelajar meniru, maka pelajar akan terperangkap semasa ujian
saringan kedua UKM2 yang dilakukan dengan pengawasan.
Sila JUJUR dan BERTANGGUNGJAWAB pada diri sendiri semasa
mengisi maklumat dan menjawab soalan.
Sehubungan itu, dipersilakan semua pelajar yang layak agar
dapat memanfaatkan peluang ini bagi menduduki ujian tersebut. Sebarang
pertanyaan dan bantuan boleh berhubung dengan En Abd Jalil
Harap Maklum.
Sekian terima kasih.