PERATURAN MAKMAL KOMPUTER BAGI GURU
DAN STAF SOKONGAN
1.
Dilarang membawa
beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.
2.
Dilarang membawa sebarang cakera perisian
luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.
3.
Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi
hendaklah diimbas terlebih dahulu.
4.
Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan
atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.
5.
Guru yang masuk menggunakan makmal
hendaklah mengisi Buku Log Penggunaan Makmal Komputer ( Selain daripada P &
P ).
6.
Semua pengguna komputer adalah dilarang
sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.
7.
Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau
benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki
tidak normal, laporkan dengan segera kepada Guru Penyelaras Bestari atau
Juruteknik yang bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu.
8.
Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau
perisian kepada Guru Penyelaras Bestari atau Juruteknik yang bertugas.
9.
Dilarang membuat bising di dalam makmal.
10.
Dilarang mencetak, mengedar dan menampal
bahan yang mengandungi unsur lucah, menghina atau memfitnah pihak
tertentu.
11.
Dilarang mengubah sebarang setting dalam
komputer.
12.
Dilarang mengubah dan menambah perisian dan
perkakasan.
13.
Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam
disket dan tidak boleh disimpan dalam cakera keras.
14.
Peralatan seperti LCD dan pencetak hanya
boleh dikendalikan oleh Juruteknik
15.
Pengguna hendaklah sentiasa menjaga
kebersihan Makmal Komputer.