Wednesday, March 25, 2015

Bekas pelajar SMKDSA batch 1973-75 telah melawat sekolah










Sekumpulan bekas pelajar SMKDSA batch 1973-75 telah melawat sekolah pada 17 Mac 2015 dalam rangka lawatan mereka ke negeri Perlis selepas 40 tahun meninggalakan sekolah. Mereka merupakan kumpulan pelajar luar dari negeri Perlis yang melalui pengajian Tingkatan 6 Sains selama 3 tahun. Pada masa tersebut mereka di tempatkan di beberapa buah asrama di kawasan Arau dan Kangar.
Pihak sekolah telah membuat pembentangan tentang perkembangan sekolah sehingga kini dan mereka berpeluang untuk melawat sekolah. Perasaan nostalgia timbul daripada cerita lama dan melihat beberapa blok yang masih tidak berubah walaupun sudah 40 tahun masa berlalu.

Monday, June 16, 2014

Majlis Makan Malam Alumni Masarau 2014

MAJLIS MESRA ALUMNI MASARAU (JUALAN MEJA MAKAN MALAM) akan diadakan pada 27 JUN 2014 (jumaat malam sabtu) Bersamaan 29 Syaaban 1435H,  Makan sambil menderma.Bersama menyumbang untuk sekolah kita .HARAP MAKLUM. 
SILA HUBUNGI EN AZIZAN KASA 0124882830/ Zulkifli Hasyim 0125641364

Tuesday, April 8, 2014

Monday, April 7, 2014

MAJALAH MASARAU EDISI KE 43

Masarau edisi ke 43 kini bewajah baru dan saiznya. Bagi yang telah membuat bayaran tahun lepas boleh dapatkannya di pejabat sekolah esok.Kepada pelajar SPM dan STPM SMKDSA tahun lepas sila maklumkan kepada rakan yang lain.